Tuesday, November 17, 2009

Kertas Tugasan

Aku ini kan ... cuma ikan bilis. Tapi oleh kerana tugas, aku berkesempatan menyaksikan para pegawai tinggi membuat persembahan tugasan individu mereka semasa Kursus PTK bagi Gred **. Yang aku heran, persembahan kertas tugasan mereka itu banyak yang kena tegur kerana ndak cukup data sokongan dan "authority" ataupun hasil penyelidikan. Bukankah mereka yang pernah mengaji di universitas patut tau perkara-perkara itu diperlukan semasa mereka membentangkan kertas tesis mereka di universitas dulu? Bukankah mereka telah dilatih tentang perkara tersebut? Atau adakah penyediaan tesis sewaktu mengaji dulu boleh di "sub-contract"? untuk disiapkan oleh pihak lain?

Analoginya ... untuk mendapatkan "driving license" kita harus lulus dulu semua ujian teori dan praktikal. Kalau kita cuma diberikan "lesen kopi-O" maka pasti kita BELUM/NDAK berwibawa nyetir mobil dan akan menyebabkan kecelakaan di jalan suatu hari nanti.

Bagaimana jadinya kalau orang-orang yang kononnya 'graduates' tapi ndak berwibawa dilantik memegang jawatan yang penting? Apa akan jadi kepada cara mereka bertugas dan melaksanakan pentadbiran dan pengurusan?

Sakit kan? kan? kan? Iya kan?

Thursday, October 15, 2009

Anjing


Ini anjing! Garang anjing ni. Tapi aku mau kalian paham sikap anjing. Anjing kalau dengan bisingnya menyalak, ndak perlu takut .. karna dia ndak akan menggigit. Bunyinya saja bising! Tapi kalo dia sudah diam, kepala tunduk dan cuma "growling" ... awas .. pasti udah nekad dia mau menggigit!!


Aku rasa akupun macam anjing. Kalau mulut aku bising marah-marah, bukannya marah sampai kiamat. Nanti akan sejuk sendiri. Tapi kalo aku sudah diam dan ndak mau ngomong atau bikin komentar walau tentang perkara yang menyangkut soal hidup dan mati ... awas .. pada waktu itu aku pasti sedang merancang sesuatu untuk membinasakan orang!!


Hehehehehehe! Ndak bagus kan?

Tuesday, September 8, 2009

Dari isteri untuk isteri

Masih bulan Ramadhan ni .. makanya aku mau nulis tentang topik yang aku ndak pernah sentuh, tapi yang jelas .. perkara yang baik-baik! Terus terang ini bukan aku yang nulis. Yang nulisnya adalah wanita yang bergelar "isteri", didedikasikan khusus juga kepada semua insan yang bergelar "isteri". Silakan membaca go-blog aku ini ...

Adakah syarat untuk isteri patuh kepada suaminya? Adakah perlu suami itu mengikut dulu kehendak isteri, baru isteri wajib patuh? Adakah perlu agar suami itu menjadi suami soleh yang menjiwai perwatakan junjungan mulia baru si isteri wajib tunduk? Adakah perlu untuk suami mempunyai ketampanan sosial dan fizikal baru kita menjadi isteri yang taat?

TIADA! Langsung tidak terdapat dalam mana-mana hadis atau ayat Al-Quran yang menyatakan sedemikian. Cumanya, diajar dan dididik kita melalui sunnah rasul dan ajaran Tuhan agar kita masing-masing menjadi hamba Allah yang sebaik-baiknya. Lantas, walau siapa dan apapun akhlak suami kita, apabila kita memilih untuk menjadi seorang isteri, akurlah kepada peranan seorang isteri.

Apa peranan isteri?

Pernah datang seorang perempuan kepada Rasulullah bertanyakan apakah hak seorang suami kepada isterinya? Jawab junjungan, (secara mudahnya ) andai kaki suami itu bernanah sekalipun dan disapu oleh isterinya dengan wajahnya, masih belum tertunai besarnya hak suami atas isterinya. ( jangan sekali-kali berhujah di sini, “asyik-asyik hak suami sahaja yang dipertikaikan, hak isteri bagaimana?” - andai ini dilayan, kita akan sakit hati dan merasa, “ahhh, dia tak tahu jalankan tanggung jawab sebagai suami, apa pula aku nak jalankan tanggungjawab sebagai isteri! Bagus dua-dua ketuk pintu neraka!” ) Maka jahanamlah rumahtangga!

Maka, jalankan tanggungjawab kita sebaiknya, inilah amalan dan ibadat kita atau sedeqah jariah kita yang akan dihisab oleh Allah swt di padang mahsyar nanti. Inilah penentu sama ada kita penghuni syurga atau neraka.

Jangan sekali-kali dilayan bisikan atau perkataan negatif yang kita ucapkan dalam hati. Apabila bercakap sahaja hati kita dengan cakapan yang berbau sakit hati, dendam kesumat, membanding-bandingkan layanan suami atau sebagainya, cepat-cepat istighfar, maka serta-merta kita akan kembali positif.

Ingatlah omongan hati yang negatif datang dari syaitan, dia mengalir dalam diri kita mengikut aliran darah. Makin kita marah, makin kembang aliran, makin kuat emosi negatif kita. Oleh itu, perasaan marah contohnya, selain membuat kita penat dan menjadikan situasi makin teruk, ia juga mengundang penyakit.

Oleh yang demikian, jadilah isteri yang terbaik kepada suami yang apapun dia, penyangak? perompak? imam? Atau lainnya! Ingatlah Asiyah isteri firaun. Dia isteri kepada lelaki yang teramat jahat dan kejam hingga mengaku dirinya tuhan, tetapi Asiyah tetap memberi khidmat yang terbaik. Kerana itu dia dijanjikan syurga oleh Tuhannya. Kita? Adakah suami kita sejahat firaun? Kalau jawabannya "tidak", lantas apa yang mengekang kita daripada taat dan patuh kepada orang yang ditingkatkan darjatnya oleh Allah itu sendiri?

Taatlah perintah Allah, solat puasa dan taat kepada suami .. anda sebagai isteri bisa masuk ke syurga mengikut mana-mana pintu yang anda pilih. Taatlah perintah Allah, solat dan puasa tapi sakitkan hati suami dan jangan patuh kepadanya .. janganlah mengharap masuk ke syurga, kerna wangian syurga sajapun tidak bisa kita cium.
AKU TABIK KEPADA WANITA YANG NULIS ARTIKEL INI!

Friday, August 21, 2009

Business di Internet?

Sebelumnya aku cerita lebih lanjut .. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada semua. Aku mau cerita betapa internet sering diperalatkan oleh manusia yang begitu pinter meraih untung! Internet digunakan untuk business, MLM, jual-beli dsb. dsb.

Nah .. dunia kini menghadapi ancaman penularan wabak H1N1. Sering saja aku baca di internet atau menerima e-mail tentang bagaimana ada jenis-jenis makanan yang bisa membantu kita menghindarkan diri daripada ketularan wabak berbahaya tersebut. Antaranya ada yang nyuruh makan buah apple banyak-banyak (akibatnya buah apple jadi laris jualannya!); pagi ini aku terima e-mail yang penjualan jintan manis di beberapa tempat meningkat gara-gara kononya jintan manis dicampur dengan air suam boleh membantu dalam perkara yang sama. Besok-besok mungkin ada yang mendakwa bahawa memakan telur kambing, kaki ular, telinga ayam dan tanduk kucing juga bisa mengobati H1N1. Pasti nanti kambing, ular, ayam dan kucing bisa pupus dari muka bumi gara-gara jadi korban manusia untuk mengobati penyakit!!

Hmmm ... aku tiba-tiba punya ide ni! Nanti aku mau sebarluaskan dalam internet dan e-mail bahawa satu-satunya cara untuk mengekalkan kecantikan dan ke-sexy-an tubuh wanita adalah dengan bersuamikan orang Jawa! Hehehehehe .. pasti selepas itu ramai sekali gadis-gadis dan janda-janda serta balu-balu yang sexy dan mulus (preferrably juga kaya) akan melamar aku untuk dijadikan suami! Dan ndak ada lagi pria Jawa yang hidup dalam kesepian karna ndak punya istri!!

Bagaimana dengan ide business aku ini? Aku rasa para mahasiswa, dokter falsafah, para insinyur, arsitek, menteri, presiden dan saintis juga ndak pernah terfikir ide yang seperti ini!! Kadang-kadang aku merasakan aku ini lebih pinter daripada mereka yang punya Ph.D, MBA, B.sc, UBI, KAYU, dsb. dsb. Kerna punya kepinteran yang begini .. aku rasa aku mau tukar karier .. mau jadi Jawa Terbang!! Ok kan? kan? iya kan? Selamat berpuasa kepada ibu-ibu dan bapak-bapak sekalian.

Saturday, August 15, 2009

Sebab Musabab

Sorry aaa? Lama aku ndak nulis. Kepala aku lagi pusing ni mikirin suatu masaelah kehidupan! Kenapa ya .. kalo seseorang itu menabur budi, bikin perkara baik .. seperti membina jambatan untuk kegunaan warga desa, atau tolong membersihkan tandas awam, atau menyelamatkan bumi daripada ditakluki oleh aliens dari angkasa lepas; perbuatan baiknya itu akan segera dilupai. Selepas dua tiga hari perkara itu sudah dianggap biasa-biasa saja .. dan ndak ada lagi orang yang menyanjung kehebatannya.

Tapi ... jika sekali orang itu berbuat silap .. contohnya dia memperkosa kambing di padang sepakbola bi bawah sinar panas mentari siang .. waduuuuh ... perkara itulah akan paling diingati oleh seluruh warganegara. Malah akan disebut-sebut setiap hari sehingga dunia ini hancur lebur!
Bukankah setiap orang yang bergelar manusia berhak melakukan sekurang-kurangnya satu kesilapan dalam hidupnya? Apakah satu kesilapan dalam hidupnya itu bisa men-delete semua kebaikan, pengorbanan dan perhambaannya selama bertahun-tahun kepada masyarakat?
Mengikut logika .. tiada sesuatupun bisa terjadi di jagat ini tanpa penyebab. Orang melakukan kesilapan pun pasti ada penyebabnya.

Bangunan megah runtuh disebabkan foundation-nya ndak kukuh; ikan hangus dalam kuali kerna digoreng terlalu lama; air di kali bisa kering akibat kemarau yang berpanjangan; mobil mogok jika kehabisan bensin; dan orang bisa bertindak di luar jangkaan jika kesabarannya sudah habis!!

Iya kan? kan? betul kan?

Monday, July 27, 2009

BERBALAS PUISI??

Seseorang telah mengirimkan puisi berikut kepada aku melalui e-mail; yang aku rasa adalah suatu puisi yang merupakan penghinaan kepada kaum lelaki!! Tajuk puisi itu ialah APABILA SUAMI HANTAR PUISI KEPADA ISTERI MEMOHON KEBENARAN UNTUK KAWIN LAGI!

Isteriku
jika engkau bumi
akulah matahari
aku akan menyinarimu kerna engkau mengharapkan sinaran dariku
Ingatlah bahtera yang kita kayuh, begitu penuh riak gelombang
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauanku
Lantas aku ingat suatu hal
bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku
Lalu ..
relakanlah aku menyinari planet lain
menyampaikan faedah adanya aku
kerna sudah takdir Illahi
sinaranku diperlukan di planet lain!

Lantas ini puisi balas oleh si isteri:

Suamiku,
andai kau memang mentari
sang surya yang memberi cahaya
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet
yang telah tuhan ciptakan
kerana mereka juga seperti aku .. perlukan cahayamu
dan akupun tidak akan merasa kekurangan dari sinaranmu
AKAN TETAPI
Jika kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt
janganlah mimpi menyinari planet lain!
kerana kamar tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi
Lihatlah dirimu di cermin di sudut kamar kita
di tengah remang-remang pancaran cahayamu yang telah aku mengerti
cuba lihat siapa dirimu?
Mentari atau lilin?
atau jangan-jangan cuma mancis!!
Pleaselah ... Jangan banyak angan-angan!!

Aku sih jadi penasaran dan jengkel membaca puisi si istri itu!! Lantas walaupun aku bukan sasterawan kayak A. Samad Said dari Malaysia, atau Pak Hamka dan Rendra dari Indonesia, namun aku berusaha juga menulis puisi berikut sebagai jawaban penghinaan dari sang isteri itu!

Aduhai mancis
sebatang kayu kecil dengan ujung yang bulat
yang cuma menyala jika digosok pada tepi kotaknya yang kasar
Betapa engkau dihina .. hanya kerna kau murahan, berdomisil dalam kotak yang kecil
dan jika udah basah .. langsung ndak bisa menyala lagi

Namun Melayu mudah lupa
itukan sifatmu jaman dulu .. jaman kuda makan tembaga
kan jaman kini udah berobah?
Kuda udah makan beefsteak
Ninja Turtles makan pizza
dan orang makan orang!

Kau juga udah berobah
dari sebatang kayu kecil yang hina
kini kau bergelar Lighter
berjenama ..
RONSON, ZIPPO, DUNHILL, Mont Blanc .. You name it man!

Apimu kini bisa membakar hebat
hanya dengan cetusan api listrik yang kecil
dan dengan upgrade terkini
apimu tak bisa padam, walau ditiup ribut Greg
yang memusnahkan Keningau pada Disember 1996!

Hayo mancis cilik!
Buktikan keunggulanmu
walau kau dibilang agresif
persetan sama komentar yang negatif
kau ndak perlu reaktif .. terusin dong proaktif
orang lain pasti pada sensitif, karna prejudis yang subjektif

Cili padi juga cilik
tapi kalo dimakan .. terasa dong kayak terkena renjatan listrik!!
Iya kan? kan? kan? betul kan? kan? kan?
Dasar istri ndak tau diri!

Saturday, July 11, 2009

Pembantu Rumah

Baru-baru ini pemerintah Indonesia bilang ndak mau sudah benarkan rakyatnya bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia kan? kan? Isunya .. ramai yang jadi korban keganasan majikan. Kesian jugalah mereka itu. Udah penat kerja; nyapu, ngepel, nyuci kain, jemur kain, angkat kain, lipat kain .. malah kadang-kadang buka kain! Waduh ... gawat!!

Pada pendapat akulah .. aku rasa isteri majikan sebenarnya yang ndak tahan dengan kewujudan pembantu rumah dari Indonesia di rumah mereka. Lantas lama-lama mereka membenci para pembantu rumah itu dan mulalah memukul mereka dsb. Bukannya kerna para pembantu rumah itu malas atau ndak pandai bekerja; malah sebenarnya terlalu efficient dalam meladeni keluarga mereka .. termasuk suami mereka!! Aku sering dong bikin pemerhatian sendiri keadaan keluarga di Malaysia sekarang ini. Selain suami, isteri juga bekerja di kantor .. malah ada yang position mereka di kantor lebih tinggi daripada sang suami. Lama-lama mereka sudah biasa memberikan arahan di kantor kepada karyawan bawahan mereka, sehingga kalau di rumah sudah rasa terhina kalau menerima arahan dari suami! Kalo suami minta kopi .. disuruh bikin sendiri. Suami mau ditemenin nonton TV .. isteri pula sibuk dengan tugas penting yang dibawa pulang dari kantor. Suami mau #%$&, isteri pula sudah capek alias penat! Bayangin dong siksanya sang suami memendam perasaan!

Nah .. dengan adanya pembantu rumah dari Indonesia, si suami ndak rasa kesunyian lagi. Sering saja ditanya oleh pembantu, "Bang, mau kopi ya? Saya bikin ya?" .. "Bang, bajunya udah saya sedia'in .. tu ada atas katil" .. "Bang, ibu belum pulang ya? Mau saya temenin nonton TV?" Dan yang lebih gawat lagi, "Bang, kok murung terus? Kepalanya pusing ya? Saya pijitin ya?" Naaah ... isteri mana yang bisa tahan kalo suaminya udah seneng sama pembantu? Salah siapa kok sebenarnya?

Dulu aku juga pernah ada pembantu rumah dari Indonesia. Orang Jawa. Namanya mbak Sumiati. Pinter masak. Pinter bikin segala macam kerja di rumah, sangat prihatin ... dan rajin banget! Aku cukup puas hati dengan servis-nya. Tapi yang bikin sebel .. baru satu minggu kerja sudah dipecat oleh bini aku!! Aku pun ndak tau kenapa! Teganya dia memecat pembantu yang begitu rajin dan bekerja dengan baik! Kasian deh! Ntah di mana mbak Sumiati sekarang.

Di bawah ini fotonya mbak Sumiati .. yang pada waktu itu sedang cuci kain di rumah aku. Kalo anda tau di mana dia berada sekarang, tolong kasi tau aku ya? Aku kangen banget dong sama dia.

Sumiati

Thursday, July 9, 2009

Aku? Marriage Counselor?

Si Jono sama Susie suami isteri .. barusan perang lalu minta nasihat dari aku! Aku bukan ahli psikologi atau marriage counselor. Lantas aku cuma minta mereka memahami dulu peranan masing-masing dalam konflik antara mereka .. ya iyalah .. masalah sikap (kan aku orang tua .. layak kan kasi nasihat?) Lalu aku suruh mereka tanya diri masing-masing soalan-soalan berikut:

(1) Adakah aku turut jadi penyumbang kepada wujudnya konflik berkenaan?

Apabila kita rasa orang melakukan kesalahan kepada kita, biasanya tanpa berfikir panjang kita akan menghamburkan kata-kata yang melukai perasaan pasangan kita. Ini pasti akan menyebabkan konflik berkenaan lebih parah. Kebanyakan konflik yang boleh diselesaikan malah menjadi lebih serius hanya kerana kita tidak mengerti memilih kata-kata dengan berhati-hati. Kita akan ucapkan apa saja yang timbul di pikiran kita tanpa memikirkan kesannya. Dalam proses tersebut, kita pasti akan lebih melukai hati masing-masing dan menjadikan konflik bertambah parah.

(2) Adakah aku telah menggunakan kata-kata yang menyakitkan hati?

Contoh kata-kata yang menyakitkan hati adalah ngomel-ngomel. Kata-kata negatif sedemikian menyakitkan hati, menyinggung dan menjadikan pasangan kita merasa murung. Itu akan menyebabkan dia ikut ngomel-ngomel. Jika pasangan kita merasa kita terlalu kritis dan tidak menghargai apa yang dilakukannya, maka itu bererti konflik hanya menunggu masa untuk tercetus.

(3) Adakah aku telah menunaikan janji-janji ku dan melaksanakan semua kewajibanku?

Kebanyakan konflik adalah hasil daripada kegagalan kita dalam menunaikan komitmen dan janji-janji yang diucapkan, walaupun yang kita anggap remeh. Janji-janji sedemikian jika tidak ditunaikan secara konsisten, akan juga membawa kepada rasa benci dan konflik yang serius.

(4) Adakah aku telah memperlekehkan kepercayaan dan rasa hormat yang diberikan kepadaku?

Kepercayaan dan rasa hormat (trust and respect) adalah dua faktor penting dalam hubungan suami-isteri. Kita tidak boleh menuntut pasangan kita untuk mempercayai dan menghormati kita, jika kita sendiri tidak dapat berbuat demikian untuknya.

(5) Adakah aku bertindak akibat didorong oleh maruah, ego atau rasa mau menang sendiri?

Selamilah diri sendiri untuk mengenalpasti mengapa kita membenarkan emosi yang negatif itu mengawal hidup kita.

Aku ndak tau sama ada si Jono sama si Susie udah damai kembali. Gimanapun boleh tahan juga aku jadi marriage counselor kan? kan? iya kan?

Wednesday, July 8, 2009

PENGORBANAN

Untuk memiliki cinta Dewi Shinta sepenuhnya, Seri Rama berkorban nyawa bertarung sama gergasi Rahwana. Ya iyalah .. demi cinta dong! Kalau bukan karna cinta, siapa sih yang sanggup bertarung sama gergasi yang giginya gede? Bisa mampus kita dibikin sambel sama tu gergasi!
Alaa .. karna cinta orang sanggup berkorban apa saja; harta, pangkat, kedudukan dan perkara-perkara yang sewaktu dengannya! Malah nyawa juga ndak punya harga demi cinta!

Apa bener orang sanggup korbankan segala-galanya demi yang namanya cinta? Mahukah anda bercinta jika cinta yang anda miliki itu adalah conditional love? Apa ya kalau dalam bahasa Malaysia/Indonesia? Oh iya .. cinta yang bersyarat .. contohnya: Aku mau dong menjadi pacarmu dengan syarat kamu ndak boleh melarang aku daripada bertemu dan makan-makan dengan lelaki lain. Kamu juga ndak boleh menghubungi hape ku jika aku sedang lagi sama orang lain!

Nah .. kalau anda sudah sanggup mengorbankan pride anda dan menerima penghinaan demi cinta yang gituan .. anda adalah (a) manusia yang sanggup berkorban demi kesenangan orang lain; (b) manusia yang berpendapat bahawa penghinaan itu merupakan satu pujian; (c) manusia yang otaknya mungkin terjejas akibat terminum racun rumput; (d) manusia yang .. kata orang Jawa .. simply GOBLOK!

Anda yang membaca go-blog ini .. silalah pilih jawaban yang paling tepat!

Friday, June 26, 2009

BOHONG !

Si Jono sama si Susie udah lama pacaran. Malah udah bikin rencana mau kawin. Mereka pada saling mencintai sehingga segalanya kelihatan indah. Ya iyalah .. orang bilang kalau cinta sudah melekat; gula Jawa rasa coklat! Si Susie bilang sama si Jono kalau lagi cintaan, keduanya harus jujur dan jangan menyembunyikan sesuatu dari pasangan yang satu lagi. Si Jono ya setuju saja; karna si Jono sih memang jujur orangnya, lantas menganggap si Susie juga pasti jujur.

Pada suatu hari, Jono telefon Susie waktu makan siang. Di telefon berkali-kali, eh .. Susie ndak ngejawab. Padahal pakai HP .. HP kan kemana-mana pasti dibawa. Malah ada orang kalau ke kakus juga pasti bawa HP! Mungkin karna suatu kuasa paranormal, HP-nya si Susie bisa dihubungi, tetapi yang terdengar oleh si Jono cuma suara si Susie lagi ketawa-ketawa sama pria, bunyi di sekeliling pula seperti dalam kedai makan. Malah si Jono bisa ndengar segala apa yang dikatakan. Kemudian HP itu mati. Ndak kedengaran apa-apa lagi.

Ndak lama kemudian si Jono coba lagi nelefon Susie. "Hallo" jawab Susie. Lalu Jono segera bertanya, "kamu kemana sih tadi Susie? Kok Hp-nya ndak dijawab?" Lalu bilang si Susie, "tadi aku makan dong sama temenku si Marilyn, kami cuma berdua."

Hati si Jono sebel! Gak disangka orang yang selama ini di-trust-nya seratus persen, rupanya bisa ngebohong! Persoalannya di sini: Kalau anda yang dibohongi sebegitu .. apa yang akan anda lakukan? Kalau aku ... aku akan jadi Optimus Prime, lantas si Susie sama teman prianya itu aku bikin sambal!

Cerita ini pun bohong juga sebenarnya. Ndak ada kena-mengena dengan mana-mana orang yang sudah hidup ataupun yang masih mati. Aku nulis cerita bohong karna sudah sekian lama aku ndak nulis dalam blog ini! Kok ide yang baik-baik masih belum nongol!!

Optimus Prime

Tuesday, June 16, 2009

Terima kasih

Aku lagi capek ni. Sedang tugas outstation di Keningau sebagai koordinator program Tekad Pengurusan Prestasi Cemerlang bagi Kumpulan Sokongan II Kakitangan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah. Mujur untuk modul II ini aku ndak ikut menyampaikan ceramah kerna modul ini menangani aspek akaun dan kewangan sepenuhnya .. bukan bidang aku!! Aku memang goblok sikit tentang soal-soal kewangan ini. Itu makanya aku ndak pernah jadi orang kaya!

Bagaimanapun sebagai koordinator aku terpaksa juga duduk dalam dewan ceramah sewaktu penceramah undangan menyampaikan ceramah mereka. Baru aku tau kenapa aku selalu nengok peserta kursus kepalanya manggut-manggut kerana ngantuk sewaktu mendengar ceramah! Ngantuk deh kalau mendengar orang lain lagi berceramah .. apa lagi tentang soal-soal kewangan. Aku sendiri duduk-duduk di belakang hampir saja ngorok dan mimpi bertemu sama Lilis Karlina penyanyi jaipong!!

Aku bikin entry di blog aku kali ini untuk mengucapkan terima kasih kepada para penceramah yang aku undang. Meraka ini memang masing-masing pakar tentang soal-soal perakaunan dan kewangan. Penghargaan yang ndak terhingga kepada:

(i) Dr. Hj. Awang Hashim Mohd. Yusof (Ketua Akauntan di HQ Jabatan Kerja Raya)
(ii) Pak Rusdin Riman (Ketua Akauntan di HQ Jabatan Pertanian)
(iii) Pak John Angelo (Akauntan di Jabatan Perpustakaan Negeri)

Ketiga-tiga mereka ini cukup memberikan kerjasama kepada Institut Latihan Sektor Awam Negeri. Mudah-mudahan saja bapak-bapak itu nanti semuanya jadi menteri .. kerna ciri-ciri mereka yang prihatin dan ndak hanya mementingkan diri sendiri pasti akan menjadikan hidup rakyat menjadi lebih bahagia!

Pak Rusdin sedang beraksi - "Jangan seenaknya ngabisin wang rakyat!"


Pak John .. lagi istirahat selepas ngomong terus selama 2 jam! Kalau tersilap pandang kok kelihatannya persis presiden Susilo Bambang Yudhoyono!!

Dr. Haji Awang Hashim .. Ndak tau lagi ngomong apa tu! Sampai tertutup matanya!

Peserta kursus - sama ada sedang mendegar atau pura-pura mendengar!

Ada yang pantang nengok kamera .. terus saja bergaya!

Ini Lilis Karlina .. langsung ndak kena-mengena sama kursus yang aku kendalikan!! Udah! Jangan ditengok lama-lama! Hehehehehe!!

Friday, June 12, 2009

Mimpi Sedih II


Nah .. tadi malam sekali lagi aku mimpi yang bukan-bukan! Dalam mimpi itu anak-anak aku baru balik dari studi di luar negeri. Dapat ijazah .. malah dapat gelar "dokter" lagi! Sekembalinya mereka ke tanah air sendiri, bukan main lagi berkobar-kobar semangat mau berkhidmat, lantas memohon lowongan kerja di organisasi-organisasi pemerintah.
Aneh .. di sana-sini jawaban yang mereka dapat cuma, "ndak ada lowongan dik!", "kami ndak perlu pekerja dewasa ini", "title dokter kamu itu ndak laku, kamu itu dokter ayam!" dsb.
Yang lebih aneh lagi mereka dipanggil juga untuk interview. Macam-macam ditanya dalam interview tersebut. Termasuk berapa besar, berapa panjang, dan berapa lama boleh tahan leher mereka! Penat saja mereka menjawab segala soalan goblok tersebut, namun ndak juga dapat pekerjaan!
Yang lebih, lebih, lebih aneh lagi .. anak-anak bos-bos dan orang-orang penting yang baru balik studi seperti anak-anak aku bukan main senang lagi dapat pekerjaan. Ini hari mereka balik ke tanah air, kemaren sudah dapat pekerjaan! Walaupun title dokter mereka lebih rendah daripada anak-anak aku, iaitu mereka semuanya dokter siput babi!
Yang lebih, lebih, lebih, lebih, lebih, lebih, lebih aneh lagi bos-bos dan orang-orang penting tersebutlah yang sering teriak-teriak suruh orang kecil seperti aku supaya menghormati prinsip telus, adil dan saksama dalam semua tindakan semasa hidup di dunia!
Wooooo ... apabila aku terbangun bukan main lega rasanya kerna itu cuma mimpi!! Tapi daripada mimpi yang gituan .. aku lebih senang mimpi goyang ngebor bersama Inul Daratista!!

Lihat ni si Inul ... lu kepingin ndak????

Wednesday, June 10, 2009

Janji II

Lagi mau ngomong pasal janji ni. Semua orang tau dong kalau berjanji mesti ditepati. Kalau orang Islam janji itu WAJIB ditepati. Oleh yang demikian selaras dengan konsep Piagam Pelanggan (Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam No. 3/1993 yang dipakai bagi Perkhidmatan Awam Malaysia ... Pheweeet!) janji atau ikrar yang dibuat mestilah yang boleh dilaksanakan .. supaya si tukang berjanji ndak mungkir!
Contohnya .. kalau kaki kita patah pada waktu pagi akibat kecelakaan di jalan, janganlah seenaknya berjanji dengan teman yang kita bisa main sepakbola dengannya nanti sore! Jika kita cuma bekerja sebagai tukang angkat taik, janganlah janji sama isteri akan membelikannya mobil Mercedes Benz model C240 Compressor! Andaikata kita bos yang ndak berkuasa, janganlah janji buli kasi naik pangkat orang kan? kan?
Akhir sekali .. kalau anda sudah ada temujanji mau keluar sama teman lain .. janganlah pulak memandai-mandai berjanji mau jumpa sama aku pada waktu yang sama! Aku benci betul jika terjadi pada diri aku apa yang aku bilang dalam penulisan aku sebelum ini yang berjudul Janji, iaitu "Kau tunggu saja aaa? kalau aku ada, adalah. Kalau ndak ada, ndak adalah. Kau tunggu saja!" Daripada nunggu yang gituan enakan gua keluar nengok tari jaipong, joget India atau goyang dangdutan!


Goyang terus!! Hehehehehehehe!!

Kuiz Internasional !

a) Kenapa asam jawa ndak dibilang asam cina atau asam mongolia? Kenapa mesti jawa?

b) Kenapa orang kurus dibilang kurus kering tapi aku ndak pernah dengar orang gemuk dibilang gemuk basah?

c) Kenapa orang yang memendam perasaan dibilang makan hati? Kenapa ndak makan pankreas, makan otak, makan ginjal, makan paru-paru, atau lebih simple lagi makan orang?

d) Kenapa hero dan heroin dalam filem mesti hensem dan cantik? Kenapa kalau yang macam aku cuma layak pegang peranan sebagai pengawal istana?

e) Kenapa kalau perempuan cemburu dibilang normal kerna sifat penyayangnya? Tapi kalau laki-laki cemburu dibilang ndak sporting dan ndak bertimbang rasa?

f) Kenapa orang yang kentut jarang-jarang mau ngaku dia yang kentut? Malah sering nyalahin orang lain?

g) Kenapa coklat ndak seperti lelaki? (Yang ini biar aku yang jawab: Kerna coklat ternyata masih sedap walaupun sudah lembik!)

Friday, June 5, 2009

Keadilan

Oh ndak .. ndaaaak!! Aku bukan ngomong pasal parti politik di Malaysia. Ndak mau ngomong pasal UMNO atau Keadilan. Keadilan yang aku maksudkan ialah keadilan secara umum; bukan nama parti politik!!
Aku terdorong nulis pasal keadilan setelah memperhatikan kemenjadian di sekeling aku. (Eh, adakah istilah "kemenjadian" ya?)Aku cukup sakit hati ba kalau nengok orang teriak-teriak larang orang lain melakukan benda yang salah, tapi dia sendiri seenaknya saja melakukan benda yang sama!
Iyalah .. contohnya bapak yang melarang anaknya merokok, tapi dia sendiri ngebul-ngebul ngisep cerutu atau kretek Bentoel, Djarum atau Gudang Garam!! Untuk adil, si bapak sendiri harus berhenti ngerokok terlebih dahulu! Iya kan?
Ada pula yang sering ngomong pasal keharmonian rumahtangga .. Eeeeeeh, malah dia yang nggak pulang ke rumah selama tiga bulan! Sampai ngamuk tu isterinya!! Nah, supaya adil, dia sendiri yang harus "harmonikan" hidupnya dahulu kan? kan? iya kan?
Ada tu seorang kawan aku; kesian betul aku sama dia. Setiap kali dia duduk minum sama rakan sekerjanya (yang wanitalah) bini dia ngamuk ngajak perang! Lepas tu masam muka dua tiga hari. Tapi bini dia suka-suka hati saja buat perkara yang sama dengan teman-teman lelakinya di kantor. Kalau kawan aku tu tegur bini dia, bini dia bilang, "Ah, ndak ada apa-apa bah itu! Kami kan rakan sekantor!!" Malah, kalau kawan aku tu telepon bini dia yang sedang minum-minum sama "rakan sekantor"nya, pasti panggilan atau sms kawan aku tu ndak kena layan! Ndak adil kan? Bini boleh buat, tapi laki ndak!! Kesian tu laki! Makan hati berulam lutut! Makan perut aroma kentut!
Hai keadilan, keadilan! Kenapalah istilah itu cuma wujud dalam kamus, tapi bukan dalam hidup!!!

Sunday, May 31, 2009

Janji

Aku mau bicara soal janji. Ndak bagus kan kalau orang memperkecil-kecilkan janji? Kerna kalau kita berjanji kepada seseorang untuk berbuat/tidak berbuat sesuatu, orang itu pasti berpegang kepada janji kita .. dan pasti ngamuk kalau kita ndak tunaikan janji. Iya kan? kan? Ya iyalah kan?

Lelaki Islam lepas sempurna akad nikah pasti akan baca taqlik. Itu kan janji! Kalau janji ndak ditunai setelah hidup bersama dengan isteri .. isteri pasti ngamuk kan? Iyalah abis sudah janji akan memastikan isteri cukup nafkah lahir dan batin!

Sebaliknya gitu juga kan? Kalau isteri janji bahawa makan minum dan pakaian kita akan sentiasa terurus setelah kawin, kita pasti ngamuk kalau janji cuma tinggal janji kan? kan? Kasian dong laki-laki yang punya isteri masih cuci kain sendiri. Malah nyapu, ngepel, ngurus kamar tidur dan sarapan di warung! Untung kalau penjaga warung tu orangnya cantik kayak Inul Daratista, Anggun atau Lilis Karlina!

Orang di Sabah ni kalau janji lagi hebat! Tau bagaimana kebanyakan orang berjanji? Janji mereka berbunyi begini kalau janji hendak bertemu di sesuatu tempat: "Kau tunggu saja aaa? Kalau aku ada, adalah tu .. kalau ndak ada, ndak adalah. Tunggu saja!" Memang kurang asam Jawa punya janji!! Kita nunggu separuh mati, dia suka-suka hati saja mau datang atau ndak! Brengsek!

Kepada kaum wanita aku ingatkan .. jangan sekali-kali percaya kepada janji yang berbunyi, "Jangan takut sayang, kalau terjadi apa-apa, kita akan segera kawin!" Janji paling bohong tu!! Kalau di Sabah, janji yang gituan dikenali sebagai Janji Terang Bulan!!!

Tuesday, May 26, 2009

Pelaburan

Entry aku kali ini lain daripada yang lain!! Aku mau bicara pasal pelaburan!! Dewasa ini memang banyak sekali kesempatan untuk membuat pelaburan supaya cepat kaya! Ada pelaburan dalam bisnis .. perusahaan .. yaaaa macam-macamlah. Pelaburan dalam internet pun ada. Hasilnya semua sama; kadang-kadang untung, kadang-kadang rugi!

Ada satu jenis pelaburan kan .. ruginya lebih banyak daripada untung. Malah keuntungan jarang sekali bisa didapatkan. Namun orang suka juga melabur di sana. Heran .. heran!! Ni pelaburannya:



Hehehehehehehehehe!!!

Wednesday, May 6, 2009

Bohong atau Sengaja?

Aku berlanggan siaran Astro di rumah. Bukan saja aku ni kaki tengok wayang di Astro, tetapi aku suka nengok filem dokumentari. Salah satu yang aku suka adalah Discovery Channel. Di saluran itu aku suka nengok "mythbusters", "future weapons" dsb.

Aku mau cerita tentang "future weapons" yang ditayangkan di Discovery Channel. Dokumentari itu sering menonjolkan tentang kecanggihan senjata yang dicipta oleh Amerika. Dari pesawat tempur hinggalah senjata api, peluru berpandu dan macam-macam lagi. Bukan main lagi dipertontonkan bagaimana Amerika mempunyai UAV dan pesawat tempur yang bisa melepaskan peluru berpandu yang bisa mengenai sasaran dengan tepatnya dari jarak yang jauh. Juga mereka punya peluru berpandu yang bisa mencari sasarannya sendiri tanpa kawalan manusia. Uwaaaa ... semuanya bisa mengenai sasaran dengan "tepat"!

Tapi yang aku heran, apabila digunakan bagi mengebom Iraq dan Afghanistan, sering pula dilaporkan peluru berpandu mereka "tersasar" lalu mengenai tempat tinggal orang awam yang menyebabkan ramai yang tidak berdosa menjadi korban!

Kesimpulannya cuma dua kan? Satu - dokumentari itu bohong! Sebenarnya Amerika belum mampu mencipta senjata canggih yang bisa mengenai sasaran dengan tepat walaupun mereka punya teknologi yang tinggi. Dua - "tersasarnya" peluru pembunuh mereka di Iraq dan Afghanistan itu adalah disengajakan .. memang mereka berniat membunuh orang awam kerna mereka berpendapat spesis manusia yang berbeda daripada mereka, khususnya yang solat lima kali satu hari, tidak layak menghuni dunia ini!

Sialan tu bule alias londo!

Sunday, May 3, 2009

Puji dan Nasi

Ketemu lagi ...

Entry aku kali ini aku kasi title PUJI dan NASI. Mesti kalian heran kan? kan? Apa pula kaitan Puji dengan Nasi? Mungkin ada yang bilang aku ni sudah ndak betul! Ataupun ada yang bilang bahagian Medula Oblongata otak aku sudah rosak! Jangan gitu bah .. kasilah aku peluang mengutarakan tesis aku pasal Puji dan Nasi.

Kes 1: Dulu-dulu masa aku belum kawin kan .. iyalah .. waktu aku masih ganteng kayak Tom Cruise, aku selalu cuba memikat wanita dengan cara memuji mereka. Aku kata mereka cantiklah .. menawanlah .. macam bidadarilah. Tapi jawaban yang aku selalu dapat ialah, "Ptui!! Aku bukan jenis yang makan pujilah! Pergilah puji tu kerbau di sawah!" Jawaban sedemikian bikin aku bertekad untuk jadi pakar dalam bidang public speaking! Kerna aku pikir mungkin cara aku berkomunikasi yang ndak betul! Rupanya setelah usia aku masuk ke peringkat "tua" dan punya potongan seperti Tom Kurus, barulah aku tau 99.9 persen wanita memang merasa senang kalau dipuji. Aku dapat pengakuan ini daripada wanita sendiri. Betul bah .. aku ndak nipu. Diorang bilang enaknya kena puji tu sama macam enak makan nasi!

Kes 2: Aku sendiri sudah macam mau muntah kerna terlalu banyak diberi pujian. Di mana-mana aku sampaikan ceramah, mesti aku kena puji! Termasuk pujian yang datang mencurah-curah dari pihak yang berwajib. Diorang bilang kualiti ceramah aku tu sama macam konsultan yang sudah established. Kononnya aku memang pakar dalam bidang aku. Kalau aku kumpulkan semua pujian yang aku dapat kan .. kemudian aku timbang .. rasanya sudah seberat planet Zuhal bergabung dengan Musytari! Tetapi bolehkah orang hidup dengan memakan pujian? Orang kan perlu makan nasi?

Kesimpulannya:
1. Jatuh cinta dan berkahwin kerna dipuji tidak menjamin kebahagiaan, kerna cinta ndak boleh beli nasi. Yang beli nasi adalah duit alias uang!
2. Kena puji saja ndak menjamin kemajuan career atau kerjaya, kerna pujian ndak boleh beli nasi. Yang beli nasi adalah duit alias uang!!

Kenapa orang ndak pandai paham aaaaa? Rosak otak kali terkena selsema babi!!

Tuesday, April 21, 2009

Sibuk ..

Ades!! Lama sudah aku ndak update blog aku ini. Sebenarnya bukan aku rasa malas mau buat .. tapi memang malas!!! Hahaahahaha!! Aku ni sebenarnya memang terkenal dengan sikap malas dari semasa ke semasa. Tetapi pasal makan aku ndak malas. Apa lagi kalau yang dihidang tu tempe goreng!!

Aku masih sibuk kok mengendalikan Kursus Pengacaraan Majlis bagi sekumpulan pegawai kerajaan. Satu minggu ni .. bertempat di Beringgis Beach Resort, Kinarut. Aku jadi consultant kok bagi kursus ini. Jadi aku harus laksanakan dengan baik kan? kan? kan? Al-maklumlah dibayar!!! Hehehehehehehehe!!

Nanti kalau sudah selesai kursus ni aku update lagilah blog goblok aku ni aaaaa? See you!! Akupun banyak bahan sudah mau masukkan nanti!!

Monday, March 30, 2009

Mimpi Sedih

Salam nempel ...

Aku mimpi lagi. Uwaaa .. mimpi yang edan! Aku mimpi aku dikembalikan ke jaman aku masih di sekolah rendah alias sekolah dasar. Dalam mimpi itu aku ketemu lagi sama teman aku yang namanya si Kor .. anak kepada ibu Rap. Si Kor itu memang terkenal kepala samseng di sekolah. Selalu suka bikin onar dan mem-bully kanak-kanak yang lain ... termasuk aku juga yang pada waktu itu belum lagi belajar silat dan jadi tukang pukul. Percuma saja kalau mau melawan si Kor itu kerna ramai sekali pendukung/pengikut-nya yang bulat-bulat setia kepadanya .. lantaran selalu dikasi aiskrim atau gula-gula oleh si Kor. Mentang-mentang bapa si Kor itu orang kaya. Bapanya itu keturunan Israel .. yang namanya Marc Xiad. Pengikutnya si Kor itu malah akan terjun ke dalam kuari taik jika saja diarah berbuat gitu oleh si Kor! Dasar goblok!

Dalam mimpi aku itu si Kor yang bahenol itu kok diangkat menjadi kepala kelas! Gimana sih kanak-kanak dan bapak-bapak serta ibu-ibu guru di sekolah itu bisa memilih si Kor itu jadi kepala? Sedangkan si Kor itu bukannya orang baik, dan aku ndak pikir dia itu ngerti apa makna jadi "kepala kelas" kerna dia itu keras kepala!! Walaaaaa ... rupa-rupanya bapak-bapak dan ibu-ibu guru di sekolah itu juga selalu makan bakso gratis di kedai-nya bapa si Kor! Itu .. yang namanya Marc Xiad. Bu Rap juga sama! Apapun yang dilakukan oleh si Kor ndak pernah ditegurnya .. apa lagi dikasi nasihat! Memang cocok tu si Kor sama bu Rap. Kor sama Rap .. Kor sama Rap .. Kor dan Rap .. Kor .. Rap .. iya ya? Kok jadi Korap! Baru aku ngerti kenapa bapaknya bernama Marc Xiad! Kalau aja lidah Melayu nyebutnya tentu jadi Maksiat!!

Kenapa ya aku sampai mimpi yang gituan? Pastinya ada sesuatu yang mau mengingatkan aku bahawa maksiat dan korupsi semakin berleluasa di akhir jaman! Hukum dan peraturan sudah ndak ada makna. Yang penting punya ortu atau cousin di posisi penting!

Wednesday, March 25, 2009

Success & Failure

Salam bahagia ...

Tadi malam aku nengok movie di Astro. Aku ndak ingat sudah apa ceritanya .. tapi yang aku paling ndak boleh lupa ialah suatu ayat yang diungkapkan oleh seorang pelakon dalam satu babak. Ayat itu berbunyi begini, "IN ORDER FOR ONE TO SUCCEED, ANOTHER HAS TO FAIL!".

Oleh kerna bukan semua orang belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, biarlah aku terjemahkan maksud ayat itu .. maksudnya ya? Bukan terjemahan harfiah atau literal: "UNTUK MEMASTIKAN KITA BERJAYA, KITA MESTI MEMBUAT ORANG LAIN GAGAL!"

Sampai lewat malam aku memikirkan betul atau ndak pernyataan itu. Kalau dari segi moral, memang ndak patut! Namun dari segi hakikatnya pada jaman ini, uwaaaaa .. seperti kelihatan terjadi di mana-mana! Anda perlu ilustrasi? Here goes ...

Penjaja teh tarik di warung-warung pinggir jalan akan berteriak memanggil pelanggan, "Mari-mari .. minum teh tarik special saya! Dijamin enak .. ndak seperti yang dijual oleh jiran saya ini! Teh yang digunakannya jenis murahan! Saya menggunakan susu lembu, dia pakai susu ayam!"

Penjual bakso pula mempamerkan poster berikut, "TIDAK ADA CELANA DALAM DIRENDAM DALAM BAKSO SAYA .. SEPERTI YANG DILAKUKAN OLEH KEDAI SEBELAH!"

Karyawan pemerintah membisikkan di kuping bosnya, "Bos .. bapak si Jono itu orang asing! Makanya si Jono itu benih orang asing! Mana mungkin dia setia kalau dikasi posisi yang lebih baik! Aku calon yang lebih sesuai!"

Salamolekom!

Sunday, March 22, 2009

Ndak adil betul!

Aku heranlah jaman sekarang ini. Hukuman yang dijalankan ke atas orang yang melakukan kesalahan yang sama kok berbeda-beda! Ndak adil betul! Ada yang dikenakan hukuman, ada yang cuma dikasi warning .. sedangkan kesalahannya sama! Sekali lagi ... ndak adil betul!!

Ini kepahaman aku tentang kesalahan dan hukuman: Kalau Wak Karman mencuri ayam, dan Wak Dogol pula mencuri kerbau .. kan sama-sama mencuri kan? kan? iya kan? betul kan? Jadi kenapa Wak Karman dihukum ndak boleh makan ayam lagi seumur hidup .. sedangkan Wak Dogol cuma dikasi besar mata dan dikasi tau, "LAIN KALI JANGAN CURI KERBAU LAGI TAU??" Ndak adil betul!!

Samalah kes orang Islam kalau minum arak kan? Minum satu tempayan sampai mabuk dan tidur dalam longkang berbanding cuma minum secangkir sama juga mengkonsumsi benda haram kan? kan? iya kan? betul kan? betul kan aku cakap?

Ni .. kan waktu masuk kerja jam delapan pagi? Jadi kalo aku sampai kantor jam 8.30 pagi, dan bos aku pulak sampai kantor jam 9.00 pagi .. maka artinya kami sama-sama lambat dan melanggar peraturanlah kan? kan? iya kan? betul kan? Mana boleh bos aku cuma dikasi warning sedangkan aku dikenakan tindakan tatatertib kan? kan? iya kan? betul kan? Ndak adil betul kalo gitu kan? kan? Betul ndak cakap aku?

Lagi satu .. kalo ada pegawai ndak memenuhi keperluan kenaikan pangkat .. sama seperti aku, maka itu artinya kami sama-sama ndak layak naik pangkat kan? kan? iya kan? betul kan? Tapi kalau dia dinaikkan pangkat juga dan aku dibiarkan termenung sendirian, tentu ndak adil kan? kan? iya kan? betul kan? ish! ish! ish! .. ndak adil betul!

Monday, March 9, 2009

Terima aja dong hakikatnya!

Kejohanan Squasy Terbuka KL CIMB - Datuk Nicol David kalah. Ramai yang ribut-ribut kecewa! Kejohanan Badminton All England - Datuk Lee Chong Wei kalah. Ramai yang ribut-ribut kecewa! Malah ramai yang membuat andaian kenapa mereka kalah. Pelbagai alasan dikemukakan.

Aku heran. Kenapa sih orang ndak bisa terima hakikat? Dalam mana-mana perlombaan, perlawanan atau pertandingan .. pasti dong ada yang kalah dan ada yang menang. Kalau menang ya syukur! Kalau kalah .. terima sajalah hakikat bahawa pihak yang dilawan itu pasti lebih hebat. Susah dong kalau hidup ndak bisa terima hakikat!

Tuhan menjadikan segalanya punya pasangan: ada menang, pasti ada kalah. Ada pendek, ada panjang. Ada yang ganteng, ada yang jelek. Ada kaya, ada miskin. Ada gemuk, ada yang kurus. Ada yang sekolah tinggi, tapi goblok. Ada yang ndak sekolah tapi pinter ... kan? kan? iya kan?

Monday, February 23, 2009

Apa-Apalah!

7.07 minit pagi, 21 Februari 2009. Sekali lagi aku dalam pesawat terbang. MH2637 dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur untuk berjumpa anak aku yang sedang berkursus di General Hospital Kuala Lumpur. Dia yang bertugas sebagai doktor di Hospital Duchess of Kent kena hantar berkursus tentang General Anaesthetic. Memang kena pada tempatnya pun, kerna tugas dia sekarang kasi pingsan orang sebelum dibedah! Hehehehehe! Aku pula berlagak macam orang kaya; dua minggu berturut-turut sudah aku ke KL pada ujung minggu. Naik pesawat macam naik bas saja. Al-maklumlah, menumpang keistimewaan bini aku yang bertugas dengan MAS. Untuk kami, tambang pergi balik BKI/KUL/BKI cuma RM65.00 seorang! Ndak apalah kan? Duit sendiri juga. Ndak perlu nangis-nangis minta dihantar berkursus di KL supaya dapat nengok KLCC atau The Mall dengan tambang yang dibiayai oleh rakyat! Lebih buruk lagi kalau setelah sampai di KL, bukannya berkursus malah buat bisnis sendiri! Tsk! Tsk! Tsk! Bikin malu kompeni!

Tadi kerana "keboringan" aku baca akhbar yang disediakan. Aku terbaca beberapa komentar yang dihantar oleh pembaca tentang kes YB Elizabeth Wong. Macam-macam komentar diorang. Masing-masing berhujah dengan cara yang sungguh meyakinkan. Aku rasa semua diorang itu sama ada mempunyai PhD, atau pernah menghadiri kursus pengucapan awam dan/atau kursus menyediakan teks ucapan! Bagus juga tu .. nampak gaya ramai yang boleh menggantikan tempat aku menjadi penceramah bidang komunikasi dan pengucapan awam. Kalau aku sakit atau gol, ndaklah juga panik ofis aku mencari pengganti. Aku rasa banyak yang kini sanggup mengambil tempat aku. Bukannya jawatan penting pun .. bukannya disuruh menerbangkan pesawat tempur Sukoi!

Balik kepada kes YB Eli. Ada dua intipati pendapat berbeda dari pembaca yang aku mau selatankan di sini bagi memancing pandangan anda yang aku hormati. Maaf ya .. aku bilang "selatankan" kerna aku puas sudah bilang "utarakan" .. hehehehehe!

Pendapat pertama: "Itu hal peribadi bah! Apa orang mau buat di rumah dia sendiri, orang lain ndak boleh masuk campur! Dia mau telanjangkah, mau buat pole-dancing kah, mau tidur bergantung macam kelawarkah, atau mau membiak dalam bathtub kah .. itu dia punya pasal! Apa mau gadoh? Kau sukakah kalau orang lain mengintip apa kau buat di rumah kau sendiri?" (Perenggan ini hendaklah dibaca dengan intonasi orang marah dalam nada C Major)

Pendapat kedua: "Dia itu pemimpin yang seharusnya menunjukkan ciri-ciri leadership by example. Pemimpin itu macam artis, apa dia buat boleh menjadi ikutan orang, lebih-lebih lagi golongan muda yang masih mentah dan ndak tau berpikir! Kalau artis mabok-mabokan, golongan muda ikut-ikut mabok-mabokan, yang mungkin membesar jadi pemimpin yang suka mabok-mabokan dan menjadikan rakyat nanti semua mabok-mabokan! Oleh itu, pemimpin kena jaga keperibadian walau di mana juga ia berada. Dan lagi bagaimana si tukang ambil gambar bisa masuk ke rumahnya kalau ndak dibenarkan masuk? Malah masuk ke kamar tidur lagi! Kalau memang dibenarkan masuk, ertinya si pemimpin mengisytiharkan memang ndak salah berdua-duaan dalam kamar walau ndak kawin. Hasilnya nanti, rakyat yang ndak pandai berpikir pun, akan ikut-ikutan tinggal berdua tanpa kawin." (Yang ini hendaklah dibaca dengan nada sinis)

Nah, sekarang korang pikirlah sendiri mana satu hujah ini yang lebih kuat. Aku ni bukan politikus dan juga bukan alim ulama. Aku cuma penulis kampungan. Dari segi politik pun aku bingung kerna nampaknya benda yang salah atau betul dalam politik bergantung kepada siapa pelakunya. Analoginya, kalau aku lambat melaksanakan tugas di ofis, pasti aku akan dibilang lembab, pemalas, ayam mati dsb. Tapi kalau bos-bos melakukan perkara yang sama, pasti orang bilang dia sebenarnya berhati-hati dan cermat dalam menjalankan tugas! Dari segi agama pun aku tambah bingung; kerna ada orang penting pernah mentafsir habuan seks itu sebagai sedekah! Na'udzubillah! Aku ndaklah berani mentafsir pengertian agama mengikut jaman. Aku cuma sekolah pondok.Yang aku tau, kalau Tuhan menetapkan babi itu haram, maka haramlah .. ndak berani lagi aku persoalkan! Kalau sudah makanan sepatutnya dimasukkan dalam mulut sebelum ia ke perut, maka ndaklah aku berani memasukkannya ke dalam lobang idung! Percuma aku mati konyol gara-gara ndak dapat bernapas!

Lantaklah korang! Yang penting aku tetap ada kerja dan ujung bulan terima gaji. Selepas enam tahun berlalu dari sekarang, ndak perlu sudah aku punch card! Bangun awal pun nanti cuma untuk solat subuh, bukan kerna hendak mengelak kesesakan jalanraya!

Friday, February 20, 2009

Keji dan mungkar

Tadi waktu dengar khutbah Jumaat, banyak perkara yang disentuh membikin aku terpikir tentang bermacam-macam soal hukum agama. Apabila aku dengar khatib menyampaikan bahawa "sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar", secara automatis minda aku coba mentafsir "keji dan mungkar". Waduh .. berat juga aku memikirkannya .. al-maklum kepala aku ini udah terlalu banyak mikirin urusan dunia hingga bikin stress. Kenapa ya .. begitu ramai orang yang solat ndak tinggal waktu, malah kalau solat cukup ganteng dengan kain pelikat atau baju melayu, tapi "keji dan mungkar" masih menguasai diri! Maaf ya? Aku lagi nafsir "keji dan mungkar" itu dari kacamata penjawat awam. Masihkah berlaku "keji dan mungkar"? Terserah kepada anda semua. Aku lebih terasa "mungkar" dari sudut lain, iaitu aku rasa bersalah kerna mungkin aku sendiri udah terjebak dengan satu aspek "mungkar", iaitu "kemunafikan" .. walaupun mungkin masih di skala yang kecil. Astaghfirullah!

Manakan tidak .. sewaktu menyampaikan ceramah, ngomong kayak presiden di hadapan audiens, aku pernah menyatakan untuk menjadi kaya dan senang di dunia ini sebenarnya bukan susah kok. Cukup mudah. Kerna bagi orang-orang yang beriman "kaya dan senang" itu ertinya "ada sedikit tapi cukup". Sesiapa saja yang bisa berpegang kepada prinsip hidup yang gituan, pasti akan merasa hidupnya cukup senang, kerna merasa puas dan bersyukur dengan rejeki karunia Allah swt., tentu sekali parallel dengan rukun iman yang ke-6, iaitu percaya kepada qada dan qadar. Justru orang-orang yang gituan akan hidup berpandukan kepada kemampuan, bukannya nafsu.

Ternyata aku udah terpeleset sedikit dari apa yang aku sendiri katakan. Kok akhir-akhir ini aku pandai merasa kurang cukup dengan apa yang aku miliki. Pandai merasa iri hari dengan apa yang orang lain ada. Padahal setelah dipikir-pikir, aku udah punya segalanya; isteri, anak, menantu, cucu, rumah, mobil, pekerjaan, laptop, printer, hape, home-theatre, broadband, sudu, garpu, chopstick, tikar, sejadah, songkok .. termasuk kucing 20 ekor! Malah aku dicemburui orang lain gara-gara pada usia ini, anak-anak aku udah gede dan sukses dalam studi dan mendapat pekerjaan .. lumayan. Aku lihat ada orang lain pada usia aku begini, masih bergelut sama masalah anak sekolah; ya yuran, ya transport, ya pembantu rumah, ya segala macem!! Lagi serius kalau dapat anak yang nimbulkan masalah, ndak mau belajar malah cuma pinter shuffle di pinggir jalan atau pusat kota kayak tenggiling mabok! Yang ndak punya wawasan, cuma mau bersenang-senang dan ngabisin harta orang tua.

Iya deh! Aku mau dan wajib belajar jadi orang yang lebih bersyukur atas nikmat yang diberi-Nya. Jangan sampai jadi orang yang mencari susah gara-gara ndak merasa puas dengan apa yang ada dan mau mengejar benda yang mustahil digapai. Ataupun gara-gara mau senang sanggup nginjak kepala orang lain. Jangan sampai mau eksen tapi utang keliling buntut. Jangan tampangnya keren, tinggal dalam gedong indah, omongan setinggi langit .. tapi terlari-lari ke sana sini gali lobang tutup lobang! Alhamdulillah kalau bertugas outstation, aku ndak perlu dan memang ndak pernah menuntut dibayar balik uang yang aku keluarkan untuk parkir mobil! Hehehehehehe!!

Aku juga idup sama utang kok .. namun utang aku yang terbesar sekarang cuma rumah sama mobil. Mengikut perkiraan aku, setelah aku berusia 56 tahun nanti (kalau masih idup), utang rumah sama mobil udah lunas!! Aku pula sudah opt untuk pensium pada usia 58 tahun. Bermakna selama dua tahun lagi aku bekerja (kalau masih idup!) dari umur 56 hingga 58, aku sudah terima gaji penuh!! Yahooooo!! Ndak ada potongan lagi!! Mujur rumah yang aku miliki sekarang bukan gedong mewah .. kalau iya .. dengan kedudukan dan gaji aku yang begini, mungkin sampai mati pun ndak dapat dilunaskan utangnya. Kan susah nanti "dipanggil pulang" sedangkan utang belum abis? Setidak-tidaknya uang pensiun dan gratuity aku nanti ndak perlu digunakan untuk bayar utang! Sah .. Tuhan itu adil! Maha adil. Subhannallahi walhamdulillahi wala ilaha illallahu Allahu akbar.

Ketemu lagi pak/bu.

Monday, February 16, 2009

PTK

Jam 6.50 sore .. 15 Februari 2009. Aku dalam penerbangan MAS MH2662 dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu. Cuaca kurang baik, baru saja kedengaran suara pak pilot/co-pilot/leading steward mengumumkan .. "ladies and gentlemen, due to unfavourable weather condition, please return to your seats and fasten your seatbelts". Takut juga ni kalau pesawat sedang joged dangdut di udara! Namun aku masih sempat tersenyum mendengar suara tadi yang jelas dimiliki oleh orang Melayu tapi berusaha mau kedengaran seolah-olah dia itu saudaranya Barrack Obama! Kopi pun ndak jadi dihidang oleh pramugari yang manis-manis kerna takut tumpah. Maka aku keluarkan laptop lalu nulis .. err .. menaip! Bukan main eksen aku kelihatan seperti orang penting dengan laptop .. padahal aku mau mengurangkan rasa takut terhempas ke Laut China Selatan! (Alaaaa .. persis kebanyakan orang sekarang juga ... eksen ngomong kayak guntur ... tapi ndak ada isi)!

Talipinggang keledar pesawat ini mengingatkan aku kepada suatu isu yang mungkin kalian bisa bagi pendapat yang bernas, kerna kalian semua manusia berpendidikan. Aku timbulkan isu ini bukan dengan maksud mau mengkritik keputusan pihakberkuasa, tapi sekedar mengundang diskusi daripada kalian untuk mempertajamkan minda. Kalo sekedar tajam lidah ndak ada gunanya kan? Cuma nyakiti hati orang kan? kan? Apa lagi yang hipokrit! Istilah hipokrit itu masih okay. Kalo munafik lagi susah kan? kan? Iya kan?

Aku teringat beberapa lama dahulu aku ada menonton filem dokumentari dalam siri Discovery di Astro. Dokumentari itu adalah tentang sejarah penciptaan mobil.. khususnya aksesori-nya yang menjadikan mobil lebih selamat untuk penumpang .. satu daripadanya adalah talipinggang keledar dalam mobil. Rupanya talipinggang pertama yang dipasang pada mobil adalah jenis "two anchor points", iaitu yang ditambat pada dua tempat saja .. sama seperti talipinggang keledar dalam pesawat terbang. Ternyata talipinggang keledar jenis itu dalam mobil malah bisa mengakibatkan kecederaan yang teruk kepada si pemakai apabila berlaku tabrakan di jalan. Hasil daripada kajian yang dijalankan, akhirnya tercipta talipinggang "three anchor points" yang ada dalam mobil kalian sekarang .. di mana ada tiga tempat penambatnya. Talipinggang jenis itu telah banyak menyelamatkan nyawa penumpang mobil apabila berlaku tabrakan.

Nah, sekarang ini kita diwajibkan pula memakai talipinggang keledar walau berada di tempat duduk belakang. Aku perhatikan talipinggang yang di tengah-tengah tempat duduk belakang itu adalah dari jenis "two anchor points"! Aku tertanya-tanya kenapa ya talipinggang keledar jenis itu muncul semula sedangkan kajian tentang bahayanya telah diketahui umum seluruh dunia? Kok sama seperti sudah tau kalo naik pangkat tanggungjawabnya jadi lebih berat .. namun orang berebut-rebut juga mau naik pangkat!

Baru-baru ini, anak aku yang bekerja sebagai dokter di Sandakan telah mengesahkan dia telah beberapa kali melakukan pembedahan atas penumpang tempat duduk belakang bahagian tengah yang tercedera teruk dalam tabrakan di jalan, akibat memakai talipinggang keledar jenis "two achor points" itu. Kecederaan yang dialami adalah luka yang begitu serius di perut/bawah perut (intra abdominal injury kata anak aku) hingga tembus ke dalam dan menyebabkan kerosakan kepada usus. Katanya walaupun berjaya dibedah, namun amat payah merawatnya sehingga pulih kerana kecederaan yang gituan menyebabkan banyak komplikasi. Hasil daripada kata-kata anak aku itu, aku sekarang ndak mau membawa lebih daripada tiga orang penumpang di tempat duduk belakang Gen-2 aku .. walaupun talipinggang yang di tengah-tengah itu telah dipasang secara gratis oleh EON! Biarlah talipinggang di tengah-tengah itu menjadi perhiasan saja tanpa fungsi. Mujur kedudukan aku di kantor ndak seperti itu .. kalau yang gituan, dalam bahasa Jawa itu dipanggil deadwood! Sekurang-kurangnya aku berfungsi juga dan bukannya hanya menjadi perhiasan. Tapi "menjadi perhiasan" juga merupakan satu fungsi kan? Yaaaaaa ... Tuhan menjadikan makhluk dengan peranannya masing-masing. Makanya jangan menghina.

Apa pendapat kalian tentang talipinggang keledar yang aku sebut tadi? Bisa juga kalian jadikan judul dalam persembahan pengucapan awam jika menduduki ujian PTK!

PTK = Pakailah Talipinggang Keledar ..