Monday, March 30, 2009

Mimpi Sedih

Salam nempel ...

Aku mimpi lagi. Uwaaa .. mimpi yang edan! Aku mimpi aku dikembalikan ke jaman aku masih di sekolah rendah alias sekolah dasar. Dalam mimpi itu aku ketemu lagi sama teman aku yang namanya si Kor .. anak kepada ibu Rap. Si Kor itu memang terkenal kepala samseng di sekolah. Selalu suka bikin onar dan mem-bully kanak-kanak yang lain ... termasuk aku juga yang pada waktu itu belum lagi belajar silat dan jadi tukang pukul. Percuma saja kalau mau melawan si Kor itu kerna ramai sekali pendukung/pengikut-nya yang bulat-bulat setia kepadanya .. lantaran selalu dikasi aiskrim atau gula-gula oleh si Kor. Mentang-mentang bapa si Kor itu orang kaya. Bapanya itu keturunan Israel .. yang namanya Marc Xiad. Pengikutnya si Kor itu malah akan terjun ke dalam kuari taik jika saja diarah berbuat gitu oleh si Kor! Dasar goblok!

Dalam mimpi aku itu si Kor yang bahenol itu kok diangkat menjadi kepala kelas! Gimana sih kanak-kanak dan bapak-bapak serta ibu-ibu guru di sekolah itu bisa memilih si Kor itu jadi kepala? Sedangkan si Kor itu bukannya orang baik, dan aku ndak pikir dia itu ngerti apa makna jadi "kepala kelas" kerna dia itu keras kepala!! Walaaaaa ... rupa-rupanya bapak-bapak dan ibu-ibu guru di sekolah itu juga selalu makan bakso gratis di kedai-nya bapa si Kor! Itu .. yang namanya Marc Xiad. Bu Rap juga sama! Apapun yang dilakukan oleh si Kor ndak pernah ditegurnya .. apa lagi dikasi nasihat! Memang cocok tu si Kor sama bu Rap. Kor sama Rap .. Kor sama Rap .. Kor dan Rap .. Kor .. Rap .. iya ya? Kok jadi Korap! Baru aku ngerti kenapa bapaknya bernama Marc Xiad! Kalau aja lidah Melayu nyebutnya tentu jadi Maksiat!!

Kenapa ya aku sampai mimpi yang gituan? Pastinya ada sesuatu yang mau mengingatkan aku bahawa maksiat dan korupsi semakin berleluasa di akhir jaman! Hukum dan peraturan sudah ndak ada makna. Yang penting punya ortu atau cousin di posisi penting!

Wednesday, March 25, 2009

Success & Failure

Salam bahagia ...

Tadi malam aku nengok movie di Astro. Aku ndak ingat sudah apa ceritanya .. tapi yang aku paling ndak boleh lupa ialah suatu ayat yang diungkapkan oleh seorang pelakon dalam satu babak. Ayat itu berbunyi begini, "IN ORDER FOR ONE TO SUCCEED, ANOTHER HAS TO FAIL!".

Oleh kerna bukan semua orang belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, biarlah aku terjemahkan maksud ayat itu .. maksudnya ya? Bukan terjemahan harfiah atau literal: "UNTUK MEMASTIKAN KITA BERJAYA, KITA MESTI MEMBUAT ORANG LAIN GAGAL!"

Sampai lewat malam aku memikirkan betul atau ndak pernyataan itu. Kalau dari segi moral, memang ndak patut! Namun dari segi hakikatnya pada jaman ini, uwaaaaa .. seperti kelihatan terjadi di mana-mana! Anda perlu ilustrasi? Here goes ...

Penjaja teh tarik di warung-warung pinggir jalan akan berteriak memanggil pelanggan, "Mari-mari .. minum teh tarik special saya! Dijamin enak .. ndak seperti yang dijual oleh jiran saya ini! Teh yang digunakannya jenis murahan! Saya menggunakan susu lembu, dia pakai susu ayam!"

Penjual bakso pula mempamerkan poster berikut, "TIDAK ADA CELANA DALAM DIRENDAM DALAM BAKSO SAYA .. SEPERTI YANG DILAKUKAN OLEH KEDAI SEBELAH!"

Karyawan pemerintah membisikkan di kuping bosnya, "Bos .. bapak si Jono itu orang asing! Makanya si Jono itu benih orang asing! Mana mungkin dia setia kalau dikasi posisi yang lebih baik! Aku calon yang lebih sesuai!"

Salamolekom!

Sunday, March 22, 2009

Ndak adil betul!

Aku heranlah jaman sekarang ini. Hukuman yang dijalankan ke atas orang yang melakukan kesalahan yang sama kok berbeda-beda! Ndak adil betul! Ada yang dikenakan hukuman, ada yang cuma dikasi warning .. sedangkan kesalahannya sama! Sekali lagi ... ndak adil betul!!

Ini kepahaman aku tentang kesalahan dan hukuman: Kalau Wak Karman mencuri ayam, dan Wak Dogol pula mencuri kerbau .. kan sama-sama mencuri kan? kan? iya kan? betul kan? Jadi kenapa Wak Karman dihukum ndak boleh makan ayam lagi seumur hidup .. sedangkan Wak Dogol cuma dikasi besar mata dan dikasi tau, "LAIN KALI JANGAN CURI KERBAU LAGI TAU??" Ndak adil betul!!

Samalah kes orang Islam kalau minum arak kan? Minum satu tempayan sampai mabuk dan tidur dalam longkang berbanding cuma minum secangkir sama juga mengkonsumsi benda haram kan? kan? iya kan? betul kan? betul kan aku cakap?

Ni .. kan waktu masuk kerja jam delapan pagi? Jadi kalo aku sampai kantor jam 8.30 pagi, dan bos aku pulak sampai kantor jam 9.00 pagi .. maka artinya kami sama-sama lambat dan melanggar peraturanlah kan? kan? iya kan? betul kan? Mana boleh bos aku cuma dikasi warning sedangkan aku dikenakan tindakan tatatertib kan? kan? iya kan? betul kan? Ndak adil betul kalo gitu kan? kan? Betul ndak cakap aku?

Lagi satu .. kalo ada pegawai ndak memenuhi keperluan kenaikan pangkat .. sama seperti aku, maka itu artinya kami sama-sama ndak layak naik pangkat kan? kan? iya kan? betul kan? Tapi kalau dia dinaikkan pangkat juga dan aku dibiarkan termenung sendirian, tentu ndak adil kan? kan? iya kan? betul kan? ish! ish! ish! .. ndak adil betul!

Monday, March 9, 2009

Terima aja dong hakikatnya!

Kejohanan Squasy Terbuka KL CIMB - Datuk Nicol David kalah. Ramai yang ribut-ribut kecewa! Kejohanan Badminton All England - Datuk Lee Chong Wei kalah. Ramai yang ribut-ribut kecewa! Malah ramai yang membuat andaian kenapa mereka kalah. Pelbagai alasan dikemukakan.

Aku heran. Kenapa sih orang ndak bisa terima hakikat? Dalam mana-mana perlombaan, perlawanan atau pertandingan .. pasti dong ada yang kalah dan ada yang menang. Kalau menang ya syukur! Kalau kalah .. terima sajalah hakikat bahawa pihak yang dilawan itu pasti lebih hebat. Susah dong kalau hidup ndak bisa terima hakikat!

Tuhan menjadikan segalanya punya pasangan: ada menang, pasti ada kalah. Ada pendek, ada panjang. Ada yang ganteng, ada yang jelek. Ada kaya, ada miskin. Ada gemuk, ada yang kurus. Ada yang sekolah tinggi, tapi goblok. Ada yang ndak sekolah tapi pinter ... kan? kan? iya kan?