Saturday, August 15, 2009

Sebab Musabab

Sorry aaa? Lama aku ndak nulis. Kepala aku lagi pusing ni mikirin suatu masaelah kehidupan! Kenapa ya .. kalo seseorang itu menabur budi, bikin perkara baik .. seperti membina jambatan untuk kegunaan warga desa, atau tolong membersihkan tandas awam, atau menyelamatkan bumi daripada ditakluki oleh aliens dari angkasa lepas; perbuatan baiknya itu akan segera dilupai. Selepas dua tiga hari perkara itu sudah dianggap biasa-biasa saja .. dan ndak ada lagi orang yang menyanjung kehebatannya.

Tapi ... jika sekali orang itu berbuat silap .. contohnya dia memperkosa kambing di padang sepakbola bi bawah sinar panas mentari siang .. waduuuuh ... perkara itulah akan paling diingati oleh seluruh warganegara. Malah akan disebut-sebut setiap hari sehingga dunia ini hancur lebur!
Bukankah setiap orang yang bergelar manusia berhak melakukan sekurang-kurangnya satu kesilapan dalam hidupnya? Apakah satu kesilapan dalam hidupnya itu bisa men-delete semua kebaikan, pengorbanan dan perhambaannya selama bertahun-tahun kepada masyarakat?
Mengikut logika .. tiada sesuatupun bisa terjadi di jagat ini tanpa penyebab. Orang melakukan kesilapan pun pasti ada penyebabnya.

Bangunan megah runtuh disebabkan foundation-nya ndak kukuh; ikan hangus dalam kuali kerna digoreng terlalu lama; air di kali bisa kering akibat kemarau yang berpanjangan; mobil mogok jika kehabisan bensin; dan orang bisa bertindak di luar jangkaan jika kesabarannya sudah habis!!

Iya kan? kan? betul kan?

3 comments:

  1. memang betul Pak Mur....ibarat 10 jari kita..andai dalam 10 Jari kita tu ada 1 yang cacat, orang akan nampak 1jari yang cacat dahulu berbanding 9 jari yang masih sempurna...maknanya,kesilapan itu lebih suka dilihat orang berbanding kebaikan yang kita buat..ini la tabiat manusia Pak Mur...x tahu la,samada ianya memang penyakit terdahulu atau baru terjadi...masalah juga kan..kerna 1 kesilapan kecil,seorang penjawat awam telah ditransfer ke daerah lain atas kesilapan yang dilakukan..sedangkan banyak kebaikan @ kerja yang dibuatnya tidak pernah dihargai...Manusia oh manusia...
    Pak Azroy

    ReplyDelete
  2. "...manusia berhak melakukan sekurang-kurangnya satu kesilapan dalam hidupnya?"

    sy kira perkataan berhak itu kurang tepat pak mur.

    cuma sbg manusia, kita sememangnya tidak lepas dari melakukan silap dan salah. (hanya nabi yg maksum)

    wallahualam,

    ReplyDelete
  3. selagi kita bernama manusia, kita tidak pernah lepas daripada melakukan kesilapan...saya setuju dengan pak Zamrie...tapi adakah kerna kesilapan kita yang satu, maka itulah titik noktah bagi satu kehidupan? dan kerna satu kesilapan, kebaikan yang lalu dilupakan?
    Kalau benar kita adalah manusia yang sempurna, TIDAK PERNAH MELAKUKAN KESALAHAN DAN KESILAPAN..sila tampil kehadapan.....tunjukan pada warga dunia yang peribadinyalah yang sempurna. CUBALAH KALAU BERANI.
    Pendek kata, bagi saya...setiap peribadi yang melakukan kesilapan, kesalahan berhak untuk di bantu...diberi semangat...beri panduan....JANGAN BIARKAN DIA TERUS MELAKUKAN KESILAPAN....JANGAN PANDANG KESILAPANNYA TAPI INGATLAH KEBAIKAN YANG PERNAH DIA TABUR...

    ReplyDelete