Sunday, March 22, 2009

Ndak adil betul!

Aku heranlah jaman sekarang ini. Hukuman yang dijalankan ke atas orang yang melakukan kesalahan yang sama kok berbeda-beda! Ndak adil betul! Ada yang dikenakan hukuman, ada yang cuma dikasi warning .. sedangkan kesalahannya sama! Sekali lagi ... ndak adil betul!!

Ini kepahaman aku tentang kesalahan dan hukuman: Kalau Wak Karman mencuri ayam, dan Wak Dogol pula mencuri kerbau .. kan sama-sama mencuri kan? kan? iya kan? betul kan? Jadi kenapa Wak Karman dihukum ndak boleh makan ayam lagi seumur hidup .. sedangkan Wak Dogol cuma dikasi besar mata dan dikasi tau, "LAIN KALI JANGAN CURI KERBAU LAGI TAU??" Ndak adil betul!!

Samalah kes orang Islam kalau minum arak kan? Minum satu tempayan sampai mabuk dan tidur dalam longkang berbanding cuma minum secangkir sama juga mengkonsumsi benda haram kan? kan? iya kan? betul kan? betul kan aku cakap?

Ni .. kan waktu masuk kerja jam delapan pagi? Jadi kalo aku sampai kantor jam 8.30 pagi, dan bos aku pulak sampai kantor jam 9.00 pagi .. maka artinya kami sama-sama lambat dan melanggar peraturanlah kan? kan? iya kan? betul kan? Mana boleh bos aku cuma dikasi warning sedangkan aku dikenakan tindakan tatatertib kan? kan? iya kan? betul kan? Ndak adil betul kalo gitu kan? kan? Betul ndak cakap aku?

Lagi satu .. kalo ada pegawai ndak memenuhi keperluan kenaikan pangkat .. sama seperti aku, maka itu artinya kami sama-sama ndak layak naik pangkat kan? kan? iya kan? betul kan? Tapi kalau dia dinaikkan pangkat juga dan aku dibiarkan termenung sendirian, tentu ndak adil kan? kan? iya kan? betul kan? ish! ish! ish! .. ndak adil betul!

1 comment: