Thursday, July 9, 2009

Aku? Marriage Counselor?

Si Jono sama Susie suami isteri .. barusan perang lalu minta nasihat dari aku! Aku bukan ahli psikologi atau marriage counselor. Lantas aku cuma minta mereka memahami dulu peranan masing-masing dalam konflik antara mereka .. ya iyalah .. masalah sikap (kan aku orang tua .. layak kan kasi nasihat?) Lalu aku suruh mereka tanya diri masing-masing soalan-soalan berikut:

(1) Adakah aku turut jadi penyumbang kepada wujudnya konflik berkenaan?

Apabila kita rasa orang melakukan kesalahan kepada kita, biasanya tanpa berfikir panjang kita akan menghamburkan kata-kata yang melukai perasaan pasangan kita. Ini pasti akan menyebabkan konflik berkenaan lebih parah. Kebanyakan konflik yang boleh diselesaikan malah menjadi lebih serius hanya kerana kita tidak mengerti memilih kata-kata dengan berhati-hati. Kita akan ucapkan apa saja yang timbul di pikiran kita tanpa memikirkan kesannya. Dalam proses tersebut, kita pasti akan lebih melukai hati masing-masing dan menjadikan konflik bertambah parah.

(2) Adakah aku telah menggunakan kata-kata yang menyakitkan hati?

Contoh kata-kata yang menyakitkan hati adalah ngomel-ngomel. Kata-kata negatif sedemikian menyakitkan hati, menyinggung dan menjadikan pasangan kita merasa murung. Itu akan menyebabkan dia ikut ngomel-ngomel. Jika pasangan kita merasa kita terlalu kritis dan tidak menghargai apa yang dilakukannya, maka itu bererti konflik hanya menunggu masa untuk tercetus.

(3) Adakah aku telah menunaikan janji-janji ku dan melaksanakan semua kewajibanku?

Kebanyakan konflik adalah hasil daripada kegagalan kita dalam menunaikan komitmen dan janji-janji yang diucapkan, walaupun yang kita anggap remeh. Janji-janji sedemikian jika tidak ditunaikan secara konsisten, akan juga membawa kepada rasa benci dan konflik yang serius.

(4) Adakah aku telah memperlekehkan kepercayaan dan rasa hormat yang diberikan kepadaku?

Kepercayaan dan rasa hormat (trust and respect) adalah dua faktor penting dalam hubungan suami-isteri. Kita tidak boleh menuntut pasangan kita untuk mempercayai dan menghormati kita, jika kita sendiri tidak dapat berbuat demikian untuknya.

(5) Adakah aku bertindak akibat didorong oleh maruah, ego atau rasa mau menang sendiri?

Selamilah diri sendiri untuk mengenalpasti mengapa kita membenarkan emosi yang negatif itu mengawal hidup kita.

Aku ndak tau sama ada si Jono sama si Susie udah damai kembali. Gimanapun boleh tahan juga aku jadi marriage counselor kan? kan? iya kan?

No comments:

Post a Comment