Tuesday, June 16, 2009

Terima kasih

Aku lagi capek ni. Sedang tugas outstation di Keningau sebagai koordinator program Tekad Pengurusan Prestasi Cemerlang bagi Kumpulan Sokongan II Kakitangan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah. Mujur untuk modul II ini aku ndak ikut menyampaikan ceramah kerna modul ini menangani aspek akaun dan kewangan sepenuhnya .. bukan bidang aku!! Aku memang goblok sikit tentang soal-soal kewangan ini. Itu makanya aku ndak pernah jadi orang kaya!

Bagaimanapun sebagai koordinator aku terpaksa juga duduk dalam dewan ceramah sewaktu penceramah undangan menyampaikan ceramah mereka. Baru aku tau kenapa aku selalu nengok peserta kursus kepalanya manggut-manggut kerana ngantuk sewaktu mendengar ceramah! Ngantuk deh kalau mendengar orang lain lagi berceramah .. apa lagi tentang soal-soal kewangan. Aku sendiri duduk-duduk di belakang hampir saja ngorok dan mimpi bertemu sama Lilis Karlina penyanyi jaipong!!

Aku bikin entry di blog aku kali ini untuk mengucapkan terima kasih kepada para penceramah yang aku undang. Meraka ini memang masing-masing pakar tentang soal-soal perakaunan dan kewangan. Penghargaan yang ndak terhingga kepada:

(i) Dr. Hj. Awang Hashim Mohd. Yusof (Ketua Akauntan di HQ Jabatan Kerja Raya)
(ii) Pak Rusdin Riman (Ketua Akauntan di HQ Jabatan Pertanian)
(iii) Pak John Angelo (Akauntan di Jabatan Perpustakaan Negeri)

Ketiga-tiga mereka ini cukup memberikan kerjasama kepada Institut Latihan Sektor Awam Negeri. Mudah-mudahan saja bapak-bapak itu nanti semuanya jadi menteri .. kerna ciri-ciri mereka yang prihatin dan ndak hanya mementingkan diri sendiri pasti akan menjadikan hidup rakyat menjadi lebih bahagia!

Pak Rusdin sedang beraksi - "Jangan seenaknya ngabisin wang rakyat!"


Pak John .. lagi istirahat selepas ngomong terus selama 2 jam! Kalau tersilap pandang kok kelihatannya persis presiden Susilo Bambang Yudhoyono!!

Dr. Haji Awang Hashim .. Ndak tau lagi ngomong apa tu! Sampai tertutup matanya!

Peserta kursus - sama ada sedang mendegar atau pura-pura mendengar!

Ada yang pantang nengok kamera .. terus saja bergaya!

Ini Lilis Karlina .. langsung ndak kena-mengena sama kursus yang aku kendalikan!! Udah! Jangan ditengok lama-lama! Hehehehehe!!

3 comments:

  1. Saya sih nggak ada komen apa-apa cuma saya senang lihat photonya Lilis Karlina...asyik deh.....PRAMUJA

    ReplyDelete
  2. Ya lihat aja sih sepuasnya!! Nggak ada yang ngelarang!!Hehehehehehe!

    - Pak Mur

    ReplyDelete
  3. Aduh...aduh..Pak Mur....! Semakin hebat blog Bapak ini....laris gitu sebabnya gartis kali...!
    Kursus bila lagi tu Pak..? Di Keningau jugak tu nampaknya!
    Kawan kamu jugak ni...
    http://borneoguy.wordpress.com

    ReplyDelete