Tuesday, November 17, 2009

Kertas Tugasan

Aku ini kan ... cuma ikan bilis. Tapi oleh kerana tugas, aku berkesempatan menyaksikan para pegawai tinggi membuat persembahan tugasan individu mereka semasa Kursus PTK bagi Gred **. Yang aku heran, persembahan kertas tugasan mereka itu banyak yang kena tegur kerana ndak cukup data sokongan dan "authority" ataupun hasil penyelidikan. Bukankah mereka yang pernah mengaji di universitas patut tau perkara-perkara itu diperlukan semasa mereka membentangkan kertas tesis mereka di universitas dulu? Bukankah mereka telah dilatih tentang perkara tersebut? Atau adakah penyediaan tesis sewaktu mengaji dulu boleh di "sub-contract"? untuk disiapkan oleh pihak lain?

Analoginya ... untuk mendapatkan "driving license" kita harus lulus dulu semua ujian teori dan praktikal. Kalau kita cuma diberikan "lesen kopi-O" maka pasti kita BELUM/NDAK berwibawa nyetir mobil dan akan menyebabkan kecelakaan di jalan suatu hari nanti.

Bagaimana jadinya kalau orang-orang yang kononnya 'graduates' tapi ndak berwibawa dilantik memegang jawatan yang penting? Apa akan jadi kepada cara mereka bertugas dan melaksanakan pentadbiran dan pengurusan?

Sakit kan? kan? kan? Iya kan?

1 comment:

  1. Salam Pak Mur, Lama tidak menulis?
    well, Pak Mur, zaman sekarang, anything can be kalau ada duit...memang ada kebenarannya, dalam kelas saya juga macam tu. Assignment yang diberi, bukan dibuat sendiri, tapi "diswastakan" kepada individu yang berkenaan dengan harga yang berpatutan...jadi, mana ada kualiti bagi pembelajaran. tidak hairan ba, ramai graduan yang di lantik dalam sesuatu perjawatan, gagal melaksanakan tugas hakiki, kerana "terbiasa" dengan bantuan dari luar. Harap pangkat yang tinggi tapi tidak pandai bekerja. Jawatan tinggi tapi tidak berkualiti....( Biarlah saya belajar atas usaha sendiri...lagi puas hati)...selamat Pak Mur..teruskan menulis.

    ReplyDelete