Monday, February 23, 2009

Apa-Apalah!

7.07 minit pagi, 21 Februari 2009. Sekali lagi aku dalam pesawat terbang. MH2637 dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur untuk berjumpa anak aku yang sedang berkursus di General Hospital Kuala Lumpur. Dia yang bertugas sebagai doktor di Hospital Duchess of Kent kena hantar berkursus tentang General Anaesthetic. Memang kena pada tempatnya pun, kerna tugas dia sekarang kasi pingsan orang sebelum dibedah! Hehehehehe! Aku pula berlagak macam orang kaya; dua minggu berturut-turut sudah aku ke KL pada ujung minggu. Naik pesawat macam naik bas saja. Al-maklumlah, menumpang keistimewaan bini aku yang bertugas dengan MAS. Untuk kami, tambang pergi balik BKI/KUL/BKI cuma RM65.00 seorang! Ndak apalah kan? Duit sendiri juga. Ndak perlu nangis-nangis minta dihantar berkursus di KL supaya dapat nengok KLCC atau The Mall dengan tambang yang dibiayai oleh rakyat! Lebih buruk lagi kalau setelah sampai di KL, bukannya berkursus malah buat bisnis sendiri! Tsk! Tsk! Tsk! Bikin malu kompeni!

Tadi kerana "keboringan" aku baca akhbar yang disediakan. Aku terbaca beberapa komentar yang dihantar oleh pembaca tentang kes YB Elizabeth Wong. Macam-macam komentar diorang. Masing-masing berhujah dengan cara yang sungguh meyakinkan. Aku rasa semua diorang itu sama ada mempunyai PhD, atau pernah menghadiri kursus pengucapan awam dan/atau kursus menyediakan teks ucapan! Bagus juga tu .. nampak gaya ramai yang boleh menggantikan tempat aku menjadi penceramah bidang komunikasi dan pengucapan awam. Kalau aku sakit atau gol, ndaklah juga panik ofis aku mencari pengganti. Aku rasa banyak yang kini sanggup mengambil tempat aku. Bukannya jawatan penting pun .. bukannya disuruh menerbangkan pesawat tempur Sukoi!

Balik kepada kes YB Eli. Ada dua intipati pendapat berbeda dari pembaca yang aku mau selatankan di sini bagi memancing pandangan anda yang aku hormati. Maaf ya .. aku bilang "selatankan" kerna aku puas sudah bilang "utarakan" .. hehehehehe!

Pendapat pertama: "Itu hal peribadi bah! Apa orang mau buat di rumah dia sendiri, orang lain ndak boleh masuk campur! Dia mau telanjangkah, mau buat pole-dancing kah, mau tidur bergantung macam kelawarkah, atau mau membiak dalam bathtub kah .. itu dia punya pasal! Apa mau gadoh? Kau sukakah kalau orang lain mengintip apa kau buat di rumah kau sendiri?" (Perenggan ini hendaklah dibaca dengan intonasi orang marah dalam nada C Major)

Pendapat kedua: "Dia itu pemimpin yang seharusnya menunjukkan ciri-ciri leadership by example. Pemimpin itu macam artis, apa dia buat boleh menjadi ikutan orang, lebih-lebih lagi golongan muda yang masih mentah dan ndak tau berpikir! Kalau artis mabok-mabokan, golongan muda ikut-ikut mabok-mabokan, yang mungkin membesar jadi pemimpin yang suka mabok-mabokan dan menjadikan rakyat nanti semua mabok-mabokan! Oleh itu, pemimpin kena jaga keperibadian walau di mana juga ia berada. Dan lagi bagaimana si tukang ambil gambar bisa masuk ke rumahnya kalau ndak dibenarkan masuk? Malah masuk ke kamar tidur lagi! Kalau memang dibenarkan masuk, ertinya si pemimpin mengisytiharkan memang ndak salah berdua-duaan dalam kamar walau ndak kawin. Hasilnya nanti, rakyat yang ndak pandai berpikir pun, akan ikut-ikutan tinggal berdua tanpa kawin." (Yang ini hendaklah dibaca dengan nada sinis)

Nah, sekarang korang pikirlah sendiri mana satu hujah ini yang lebih kuat. Aku ni bukan politikus dan juga bukan alim ulama. Aku cuma penulis kampungan. Dari segi politik pun aku bingung kerna nampaknya benda yang salah atau betul dalam politik bergantung kepada siapa pelakunya. Analoginya, kalau aku lambat melaksanakan tugas di ofis, pasti aku akan dibilang lembab, pemalas, ayam mati dsb. Tapi kalau bos-bos melakukan perkara yang sama, pasti orang bilang dia sebenarnya berhati-hati dan cermat dalam menjalankan tugas! Dari segi agama pun aku tambah bingung; kerna ada orang penting pernah mentafsir habuan seks itu sebagai sedekah! Na'udzubillah! Aku ndaklah berani mentafsir pengertian agama mengikut jaman. Aku cuma sekolah pondok.Yang aku tau, kalau Tuhan menetapkan babi itu haram, maka haramlah .. ndak berani lagi aku persoalkan! Kalau sudah makanan sepatutnya dimasukkan dalam mulut sebelum ia ke perut, maka ndaklah aku berani memasukkannya ke dalam lobang idung! Percuma aku mati konyol gara-gara ndak dapat bernapas!

Lantaklah korang! Yang penting aku tetap ada kerja dan ujung bulan terima gaji. Selepas enam tahun berlalu dari sekarang, ndak perlu sudah aku punch card! Bangun awal pun nanti cuma untuk solat subuh, bukan kerna hendak mengelak kesesakan jalanraya!

No comments:

Post a Comment