Wednesday, July 8, 2009

PENGORBANAN

Untuk memiliki cinta Dewi Shinta sepenuhnya, Seri Rama berkorban nyawa bertarung sama gergasi Rahwana. Ya iyalah .. demi cinta dong! Kalau bukan karna cinta, siapa sih yang sanggup bertarung sama gergasi yang giginya gede? Bisa mampus kita dibikin sambel sama tu gergasi!
Alaa .. karna cinta orang sanggup berkorban apa saja; harta, pangkat, kedudukan dan perkara-perkara yang sewaktu dengannya! Malah nyawa juga ndak punya harga demi cinta!

Apa bener orang sanggup korbankan segala-galanya demi yang namanya cinta? Mahukah anda bercinta jika cinta yang anda miliki itu adalah conditional love? Apa ya kalau dalam bahasa Malaysia/Indonesia? Oh iya .. cinta yang bersyarat .. contohnya: Aku mau dong menjadi pacarmu dengan syarat kamu ndak boleh melarang aku daripada bertemu dan makan-makan dengan lelaki lain. Kamu juga ndak boleh menghubungi hape ku jika aku sedang lagi sama orang lain!

Nah .. kalau anda sudah sanggup mengorbankan pride anda dan menerima penghinaan demi cinta yang gituan .. anda adalah (a) manusia yang sanggup berkorban demi kesenangan orang lain; (b) manusia yang berpendapat bahawa penghinaan itu merupakan satu pujian; (c) manusia yang otaknya mungkin terjejas akibat terminum racun rumput; (d) manusia yang .. kata orang Jawa .. simply GOBLOK!

Anda yang membaca go-blog ini .. silalah pilih jawaban yang paling tepat!

No comments:

Post a Comment